Berapa mukasurat tesis perlu dibuat?



Pada yang baru sahaja bergelar pelajar Master atau PHD pasti tertanya-tanya berapa bilangan mukasurat yang patut dibuat untuk tesis atau kertas projek yang mereka tulis.  Tanggapan kebanyakan orang adalah tesis yang tebal lebih baik.

Namun tanggapan ini adalah tidak tepat kerana ketebalan sesuatu tesis itu tidak menjadi ukuran. Ini kerana ketebalan tesis itu mungkin boleh saja dipengaruhi oleh penggunaan rajah atau grafik yang sangat banyak sedangkan bilangan perkataan tidak sampai pun 20,000 patah perkataan. Apa yang lebih penting adalah bilangan perkataannya.



Sebagai makluman, setiap universiti telah menyediakan garis panduan mengenai ketebalan tesis atau kertas projek. Namun bukan bilangan muka surat yang menjadi ukuran tetapi sebaliknya adalah bilangan perkataan.

Di sini saya bagi contoh garis panduan bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tesis
Doktor Falsafah : tidak melebihi 100,000 patah perkataan.


Mod Penyelidikan
(Mod A) : tidak melebihi 60,000 patah perkataan.


Disertasi Sarjana
Mod B (Penyelidikan & Kerja Kursus): tidak melebihi 40,000 patah perkataan.


Kertas Projek
Mod Kerja Kursus (Mod C): tidak melebihi 20,000 patah perkataan.


Jadi pada yang suka menulis, jangan terlajak pula....hehehe...

0 comments:

Post a Comment

 
Khidmat tugasan akademik Blog Design by Ipietoon